Friday, November 11, 2016

Cover Album Faizal Tahir Mirip Style Design Artis SoundCloud

Nota dari penulis: Saya tidak rasa Faizal Tahir atau teamnya mempunyai sebarang niat untuk plagiarisi kerana jika terdapat persamaan pun, ianya mungkin kebetulan. Ini kerana saya sememangnya mengagumi hasil kerja beliau dan cara penulisannya yang unik dan tersendiri terutamanya lagu Assalamualaikum, Setia dan Selamat Malam.



Baik, mari kita lihat cover album yang saya pernah buat untuk single yang saya release di SoundCloud dua tahun lepas:

Lagunya boleh didapati di sini: https://soundcloud.com/nicmrayce/not-all-things-go-our-way

Lagunya boleh didapati di sini: https://soundcloud.com/nicmrayce/ever-again-compilation-part-ii

Dan bila saya lihat Album Cover ini, saya macam Wow!:
Faizal Tahir tak pakai baju dalam cover album terbaru

Tidak dinafikan bahawa banyak elemen berbeza di antara cover single saya dan cover album Anatomi Faizal Tahir.

Apa yang sama?
Terdapat persamaan dari segi penggunaan elemen badan dan sayap. Posisi badan Faizal Tahir menyerupai karya Leonardo Da Vinci yakni Vitruvian Man manakala posisi badan saya di dalam cover tersebut lebih kepada "a moment of levitation" (untuk Ever Again Part II) atau bersahaja (untuk Not All Things Go Our Way). Sayap yang digunakan dalam artwork single Not All Things Go Our Way lebih vectorize compared daripada penggunaan sayap di Ever Again Part II yang menyerupai olahan sayap di album cover Anatomi - cuma beza dari segi warnanya yakni saya gunakan sayap hitam untuk melambangkan mood dan suasana lagu ini yang sedih dan pilu.

Elemen abstrak di sekeliling cover album Faizal Tahir amat menarik kerana samada ia menampilkan lagu-lagunya samada dalam bentuk gambar atau teks yang terbalik atau tersembunyi dan perlu dilihat dengan teliti.

Mengapa saya gunakan helang? 
Ini kerana helang boleh dilihat sebagai simbol keberanian dan seseorang yang suka mencabar status quo supaya menjadi lebih daripada biasa. Dan sememangnya saya dari zaman sekolah lagi, suka membuat kelainan dalam cara saya mengendali situasi sosial dan diakui daripada kalangan keluarga dan rakan. Dan helang itu dilihat mencapai atas kepala saya dan bercahaya membawa maksud bahawa helang tersebut yang membantu memberikan keberaniannya agar saya tabah mengharungi cabaran hidup.

Mengapa saya gunakan mawar di belakang dan harimau di hadapan?
Ini merupakan perlambangan bagi personaliti diri saya yang seringkali disalahtakrif sebagai multiple personality di mana masalah ini sememangnya saya sudah hadapi sejak zaman sekolah (sewaktu pencarian identiti) - namun saya berjaya atasi selepas mulakan kerjaya dan berkahwin - setelah saya berjaya mengenali diri saya yang kadangkala agresif seperti harimau dan lembut seperti permukaan mawar, saya dapat gunakannya untuk menjadi adaptif menghadapi situasi sosial yang berbeza. Dan satu lagi sebab mengapa saya gunakan Mawar adalah untuk sebagai tribute kepada album Depeche Mode - Violator kerana hasil karya saya di SoundCloud banyak mengambil inspirasi daripada New Wave, synthpop yang dihibridkan bersama rock dan rap sebagaimana kumpulan Linkin Park pernah lakukan satu masa dulu.

Adakah ianya bermaksud saya atau Faizal Tahir pro-symbolism kerana mereka bentuk design album sebegini?
Tidak sama sekali. Saya mungkin tidak mengenali Faizal Tahir secara personal, tetapi saya yakin; pengaguman beliau terhadap kerja ahli karyawan zaman Renaissance tidak bermaksud seseorang itu adalah pro-symbolism tetapi pengaguman dan pembelajaran daripada karya seni yang hebat pada zaman lama boleh dijadikan pedoman agar kita boleh menjadi karyawan Islam yang lebih hebat daripada mereka. 

Dan saya amat memahami keadaan ini kerana saat saya mereka album cover saya sendiri - ramai yang mungkin tidak tahu; ramai ahli muzik dan designer menggunakan seni sebagai cara ekspresi diri - kadangkala ianya tidak melambangkan diri yang sebenar di alam realiti tetapi sebagai alter ego apabila menulis sesebuah karya. Alter ego ini dicipta kerana ia adalah satu cara untuk mengembangkan kreativiti dan mengeksperimen dengan perasaan yang berbeza walaupun itu bukan diri ahli muzik/lyricist yang sebenar. Contoh lain saya boleh beri di sini adalah seperti Slim Shady iaitu alter ego kepada Eminem - sebenarnya, Slim Shady itu adalah alter ego yang direka supaya Eminem dapat menchannelkan ekspresi diri ke tahap yang berbeza dalam karya penulisan lagu, lirik dan melodi.

So, siapa tiru siapa?
Sepertimana nota yang saya tulis pada awal artikel ini, saya tidak rasa Faizal Tahir atau team dia ada kaitan langsung dengan cover single yang saya reka 2 tahun lepas dan seperti yang dinyatakan Faizal (di sini), ianya mengambil masa 8 bulan untuk reka! So apa-apa persamaan hanyalah kebetulan semata-mata!

Kesimpulannya:
Janganlah dihukum artis Melayu kita yang sedang naik dan cuba untuk berkecimpung di arena muzik antarabangsa kerana saya percaya Faizal Tahir mampu membawa muzik kita ke arena global dengan karya beliau yang unik - sama seperti Yuna (lagu dia dengan Usher latest memang best!)


Nik Harith adalah seorang yang sudah bekerja di bidang pemasaran digital selama 8 tahun - Seorang yang sentiasa berusaha untuk menjadi berani dan berbeza daripada orang lain, sudah berkahwin dan berasal dari Kelantan, sedang mengikuti langkah-langkah Michael Kenji Shinoda, seorang musician atau usahawan teknologi dari Linkin Park - dan berharap menjadi seorang usahawan digital di rantau Asia pada 2018 - dan berpeluang bersaing dengan syarikat teknologi gergasi seperti Facebook, Intel, Microsoft, Apple dan lain-lain lagi.

Selain itu, beliau juga merupakan seorang artis indie SoundCloud dari Malaysia yang mencipta lagunya melalui band yang dikenali sebagai Nic M Rayce dan diilhamkan oleh kumpulan-kumpulan seperti Linkin Park, Blue Stahli dan Within Temptation. Beliau sentiasa berusaha untuk mewujudkan satu genre tersendiri - yang berunsurkan hibrid kepada alternatif, rock, hip hop, electronica, soundtrack ambien dan trip-hop. Gaya vokal beliau banyak dipengaruhi Chester Bennington, Bruno Mars, Jason Mraz, Adam Levine dan Adam Young. Sementara itu, gaya rap beliau dipengaruhi oleh Rakim, Eminem, Mike Shinoda, Ryu daripada SOB, B.o.B. dan Shawn Chrystopher. Gaya muzik beliau merangkumi electronica seperti Pink Floyd dan Depeche Mode, hip-hop seperti Fort Minor dan Styles of Beyond, dan modern rock seperti Blue Stahli, Linkin Park, Apoptygma Berzerk dan Within Temptation.

No comments:

Post a Comment